FAQ – SOALAN LAZIM MENGENAI GARLIX JUZZ

Segala persoalan anda mengenai Garlix Juzz mungkin anda boleh dapat disini, walaubagaimanapun jika anda mempunyai persoalan lain, sila hubungi kami.Team kami sentiasa bersiap sedia untuk membantu anda.

GARLIX JUZZ NI UBAT KE?

Tidak. Garlix Juzz bukan ubat. Ia adalah Jus yang mengandungi khasiat bawang putih dan pegaga.

SELAMAT KE? HALAL? ADA KKM?

Ya. Halal dan selamat untuk digunakan. Kilang kami dimiliki oleh 100% Bumiputera Muslim yang mendapat kelulusan Halal dan bertaraf GMP. Produk-produk yang dikeluarkan sudah tentu mendapatkan kelulusan KKM.

APA BEZA SAYA AMALKAN GARLIX JUZZ BERBANDING TERUS MAKAN BAWANG PUTIH ATAU LETAK DALAM MAKANAN?

Anda perlu mengunyah bawang putih mentah selama 20 minit untuk menghasilkan allicin, dan anda akan mempunyai rasa yang terbakar di dalam mulut anda. Sebatian bioaktif dalam bawang putih yang dimasak dihancurkan oleh haba. Oleh itu, Garlix Juzz pilih terbaik untuk anda dapatkan khasiat bawang putih.

SIAPA YANG TAK BOLEH AMALKAN GARLIX JUZZ?

Semua orang boleh amalkan Garlix Juzz dan pasti akan jadi lebih sihat dengan khasiat bawang putih dan pegaga yang ada KECUALI mereka yang alah pada bawang putih. Jika anda ada alahan pada bawang putih, anda dinasihatkan tidak menggunakan produk ini.

SAYA ADA PIL GARLIC, ADAKAH JUS INI LEBIH BAIK?

Terdapat dua sebab yang kuat. Yang pertama ialah cecair bawang putih mempunyai tradisi lama dalam sejarah perubatan Jerman dan faedahnya terkenal dan terbukti dengan baik. Kedua, terdapat banyak kajian dan hasil makmal yang memperlihatkan bahawa sifat biokimia bawang putih paling stabil dan paling baik dipelihara dalam bentuk cecair.

MACAM MANA RASANYA?

Berkenaan dengan rasa, ia sangat subjektif. Tetapi kami pasti semua orang akan suka dan mudah untuk mengamalkannya. Jangan risau, 1 sudu sahaja pada waktu pagi, dan 1 sudu sebelum anda tidur. 

ADAKAH MULUT AKAN JADI BERBAU?

Tidak. Ini kerana bau mulut disebabkan bawang putih adalah bila ia diambil bersama makanan.

BERAPA LAMA SAYA PERLU AMALKAN JUS INI?

Tidak ada masa yang tetap. Terpulang kepada anda. Khasiat bawang putih dan pegaga ini hendaklah selalu diamalkan untuk menjadikan anda lebih sihat.